expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday 3 January 2015

SPAGHETTI PRAWN AGLIO OLIO (my style)


Hari ni tak rasa nak makan nasi, jadi terfikir apa yang boleh dimakan. Tiba-tiba teringat pulak prawn oglio pizza hut yang sedap tu dan memang sangat digemari my hubby . Memang terliur dan terus je teringat nak masak spaghetti ni. Kebetulan bahan-bahan pun ada kat dapur, so apa lagi....terus je mulakan langkah. Spaghetti ni sebenarnya paling senang nak prepare dan hanya pakai udang je. Jom intai resepi prawn olio versi kami. Resepi ni dah diolah mengikut citarasa kami sendiri, tapi yang penting sedap! Jangan lupa cuba tau...

Bahan-bahan:
1 paket Spaghetti (saya gunakan San Remo)
1 biji bawang holland besar - dipotong kiub kecil
1 labu bawang putih - dicincang kasar_
 Udang segar (sederhana besar) - ikut selera masing-masing sama ada nak banyak atau sedikit. Bersihkan dan buang kulit.
1/2 cawan minyak zaitun (lebih elok gunakan extra virgin olive oil)
1 tin button mushrom - dihiris
1 biji lada benggala hijau @ green capsicum - hiris panjang
6 tangkai cili kering -buang biji dan hiris memanjang
1 tangkai fresh parsley (boleh digantikan dengan parsley flake kering)
1 sudu kecil ground oregano
Sedikit chilli flakes
Sedikit black pepper
Sedikit maggi cukup rasa
Garam secukupnya


Cara-caranya:

Didihkan air dan rebus spaghetti(jangan terlalu lama hingga spaghetti menjadi terlampau lembut). Ketepikan. Panaskan olive oil dan goreng isi udang tadi sehingga warnanya berubah menjadi kemerah-merahan dan separuh masak. Angkat udang yang digoreng tadi, masukkan pula bawang putih dan tumis seketika. Setelah naik bau, masukkan bawang holland dan biarkan 2 minit. 
Setelah itu masukkan cili kering dan chilli flakes. Kemudian, masukkan button mushroom. Kacau sebati dan masukkan oregano, black pepper dan maggi cukup rasa. Masukkan udang yang telah digoreng diikuti oleh spaghetti dan gaul sebati. Tambah garam sekiranya perlu dan akhir sekali masukkan lada benggala hijau serta parsley. Kacau seketika dan angkat spaghetti.
Taraaaa....spaghetti anda sedia dihidang. 


No comments:

Post a Comment