expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday 12 January 2015

SOTONG MASAK CILI KERING


Semalam untuk makan tengahhari, terasa malas sangat nak masak yang remeh-temeh. Bila buka fridge dan tengok ada sotong, teringat satu resepi yang paling ringkas. 

So, hari ni kami nak share satu resepi yang simple untuk masak sotong. Kebetulan sotong yang dibeli semuanya bertelur, jadi sesuai sangat untuk resepi ini sebab tak payah nak potong-potong, just bersihkan je. 

Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak. Mudah dan ringkas serta yang paling menarik tentang hidangan ini adalah rasa sotong yang sangat asli dan segar dapat dinikmati. Kalau tak percaya, cubalah ye.

Bahan-bahan:
1/2 kg sotong
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih (diketuk)
3 inci halia (dihiris dan diketuk)
20 tangkai cili kering (potong memanjang)
2 sudu besar kicap masin
1 sudu kecil kicap cair
2 sudu besar sos tiram
Sedikit minyak untuk menumis


Caranya:
Bersihkan sotong dan jerangkan sekejap di atas api untuk mengeluarkan airnya. Jangan biar sotong terlalu lama di atas api untuk mengelakkannya dari menjadi keras. Setelah itu, toskan sotong. Dalam kuali, tuangkan sedikit minyak dan tumis bawang besar. Masukkan bawang putih serta halia dan tumis seketika. Setelah naik bau, masukkan cili kering dan goreng beberapa saat. Masukkan sos tiram, kicap masin dan kicap cair dan kacau sebati. Kemudian masukkan sotong, kacau rata dan biar seketika untuk beberapa minit. 

Sedia dihidang, selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment